?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM terima kunjungan hormat APM, perkukuh kerjasama strategik akademik

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 30 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Akademi Profesor Malaysia (APM) bagi membuka ruang kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang akademik dan kepakaran.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa peranan profesor, kepimpinan akademik serta penggemblengan kepakaran pelbagai bidang demi memastikan institusi pengajian tinggi kekal relevan dan berdaya saing.

 

“Kerjasama ini penting bagi memaksimumkan sumbangan profesor dalam pembangunan universiti serta kemajuan negara secara menyeluruh,” katanya.

 

Delegasi APM diketuai Timbalan Presidennya, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang turut memperkenalkan peranan serta inisiatif semasa akademi itu selain meneroka potensi kerjasama dengan pihak universiti.

 

 

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ridza berkata, lawatan tersebut selaras dengan hasrat APM sebagai badan yang mewakili pandangan dan kepakaran para profesor di negara ini.

 

“Lawatan ini memberi peluang kepada APM untuk memperkasa serta mempertingkatkan kepakaran profesor baharu yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada masyarakat, malah kepada negara,” katanya.

 

Turut hadir, Penolong Setiausaha Agong APM, Prof. Dr. Rose Alinda Alias; Pengerusi Kluster Perpaduan dan Masyarakat Progresif, Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh, Pengerusi Kluster Sekuriti Makanan dan Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen; Pengarah Hubungan Media APM, Prof. Dato’ Dr. Shamala K. Subramaniam serta ahli APM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan.

WZECKAn~