?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM, PERODUA jalin kerjasama strategik perkasa penyelidikan mobiliti pintar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin





SERDANG, 12 Mac
- Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh jaringan strategik bersama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan mobiliti pintar.

Kerjasama yang melibatkan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) itu dilihat sebagai langkah penting dalam menyokong pembangunan teknologi mobiliti masa hadapan, di samping memperkukuh ekosistem industri automotif negara yang lebih lestari, berdaya saing dan berteraskan teknologi pintar.

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kolaborasi itu mencerminkan komitmen UPM dan industri dalam memperkasa agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat yang sejajar dengan keperluan semasa negara.

“Industri automotif global kini sedang melalui transformasi besar yang dipacu oleh kemajuan dalam mobiliti pintar, kecerdasan buatan dan teknologi digital. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mendepani perubahan ini, khususnya dalam usaha membangunkan ekosistem mobiliti pintar yang lebih mampan dan kompetitif,” katanya.

“Kerjasama antara FSKTM dan PERODUA ini turut menyokong kemajuan Projek Mobiliti Perodua, selain membuka peluang bernilai kepada pelajar menerusi inisiatif Projek Tahun Akhir (FYP) yang memberi ruang kepada mereka terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan pembangunan penyelesaian mobiliti pintar, sistem pengangkutan pintar serta teknologi mobiliti generasi baharu,” katanya.

Beliau berkata kerjasama ini juga akan diperkukuh melalui kepakaran penyelidik UPM iaitu Prof. Madya Dr. Norhayati Mohd Ali dan Dr. Pathiah Abdul Samat, yang akan memainkan peranan penting dalam menerajui inisiatif penyelidikan serta memastikan pembangunan platform mobiliti pintar itu selaras dengan inovasi akademik dan keperluan industri.

Sementara itu, wakil PERODUA berkata, penyerahan dua unit Perodua Bezza kepada UPM adalah sebahagian daripada kerjasama penyelidikan untuk membangunkan aplikasi “Smart Mobility” tempatan yang berpotensi dimanfaatkan dalam projek-projek masa hadapan syarikat itu.


“Konsep “Smart Mobility” yang dibangunkan itu merangkumi gabungan reka bentuk pintar, kemudahan dan keselamatan penggunaan serta kesalinghubungan lancar dalam satu penawaran yang menyeluruh.



“Setakat ini, kami amat menggalakkan dengan kemajuan yang dicapai oleh FSKTM dalam membangunkan aplikasi berfungsi serta sistem telematik bagi prototaip perkhidmatan sewaan kereta.

“Cadangan penyelesaian yang diketengahkan juga memperlihatkan inovasi, kreativiti dan pemikiran keusahawanan dalam kalangan generasi muda, sekali gus memberi gambaran positif terhadap masa depan negara,” katanya.

PERODUA memaklumkan bahawa inisiatif “Smart Mobility” itu merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar syarikat berkenaan yang dikenali sebagai “Mobility as a Lifestyle”, iaitu pendekatan baharu yang memperluas fungsi kenderaan dalam kehidupan masa hadapan.

Pendekatan itu diadaptasi daripada konsep “Mobility as a Service”, iaitu platform digital berpusatkan pengguna yang mengintegrasikan pelbagai pilihan pengangkutan ke dalam satu platform bersepadu mengikut permintaan atau lebih dikenali sebagai aplikasi super.

WZECFAd~