?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

WAZAN UPM bantu komuniti kanser pulih emosi melalui kebun organik

Oleh: Husnina Zahra Hadri
Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

 

SERDANG, 28 April – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkasa kesejahteraan komuniti kanser melalui pendekatan unik berasaskan terapi alam semula jadi menerusi Projek Jaringan Komuniti: Kebun Organik “Menyemai Sihat, Menuai Semangat”.

 

Inisiatif itu bukan sahaja memindahkan ilmu pertanian kepada masyarakat, malah berfungsi sebagai medium pemulihan emosi apabila aktiviti berkebun dijadikan ruang terapi sokongan bagi pesakit dan komuniti kanser.

 

 

Pengarah Program Jaringan Komuniti, Syazana Masturah Othman berkata, projek tersebut dirangka bagi meningkatkan kesedaran terhadap gaya hidup sihat serta memberi pendedahan kepada komuniti mengenai asas pertanian organik.

 

“Melalui penanaman sayuran seperti salad, bayam, kailan, tomato dan bendi, peserta bukan sahaja memperoleh hasil makanan segar, tetapi turut didedahkan kepada amalan pemakanan sihat,” katanya.

 

Beliau berkata, aktiviti berkebun secara berkumpulan juga membantu membina interaksi sosial yang positif serta memberi sokongan emosi dalam kalangan peserta.

 

 

“Pendekatan ini memberi ruang terapi semula jadi kepada komuniti kanser, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi mereka,” katanya.

 

Dalam pada itu, program yang melibatkan 20 staf WAZAN UPM dan 50 peserta daripada Persatuan Kanser KanWork itu turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 2 (Kelaparan Sifar) dan SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan).

 

Inisiatif berteraskan komuniti itu juga dilihat berpotensi menyumbang kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan melalui penghasilan sayuran organik secara mampan

WZFJDA~