?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM–UGM teroka model bandar tropika berimpak, perkukuh kolaborasi akademik serantau

 

SERDANG, 26 April – Usaha memperkukuh kepakaran dalam reka bentuk bandar tropika diperkasakan apabila pelajar Master Reka Bentuk Bandar Tropika (MTUD), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan projek lapangan bersepadu bersama Universitas Gadjah Mada (UGM) di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.

 

Program selama dua hari itu menjadi platform pembelajaran berasaskan situasi sebenar yang menggabungkan analisis bandar, budaya dan teknologi digital dalam merangka cadangan pembangunan bandar tropika.

 

Diketuai oleh penyelaras program, Ts. Dr. Suhaila Abdul Rashid, delegasi UPM terlibat dalam siri kuliah, kerja lapangan dan studio bersama pelajar serta pensyarah UGM, dengan fokus kepada kursus Sintesis Bandar dan Studio Revitalisasi Bandar Tropika.

 

 

Menurut beliau, pendekatan pembelajaran secara langsung di lapangan memberi nilai tambah yang sukar diperoleh di dalam bilik kuliah.

 

“Pendekatan ini membolehkan pelajar menghubungkan teori dengan realiti sebenar bandar, termasuk memahami bagaimana faktor sejarah, budaya dan fungsi ruang mempengaruhi reka bentuk bandar tropika secara menyeluruh,” katanya.

 

Program itu turut menampilkan kuliah berkaitan konsep Cosmological Axis Jogjakarta yang diiktiraf sebagai warisan dunia, di samping kajian townscape di kawasan ikonik Malioboro yang memperlihatkan keseimbangan antara warisan dan pembangunan moden.

 

Pelajar juga menganalisis data menggunakan pendekatan digital seperti Space Syntax, sekali gus mempercepat proses penilaian dan penghasilan cadangan reka bentuk yang lebih tepat dan berasaskan data.

 

 

Mengulas lanjut, Ts. Dr. Suhaila berkata kolaborasi antarabangsa seperti ini membuka ruang kepada pembangunan kompetensi pelajar secara lebih menyeluruh.

 

“Interaksi bersama pelajar dan pensyarah antarabangsa bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal, malah membentuk keupayaan berfikir secara kritis dan kolaboratif dalam menangani isu bandar yang semakin kompleks,” katanya.

 

Dalam masa sama, program itu turut membuka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua universiti melibatkan mobiliti pelajar, penerbitan serta pembangunan program akademik.

 

Inisiatif tersebut dilihat selari dengan aspirasi UPM untuk memperluas kesohoran global melalui jaringan akademik, di samping memperkukuh kedudukan universiti sebagai rujukan dalam bidang reka bentuk bandar tropika.

 

Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini membuktikan bahawa pendedahan antarabangsa mampu memperkasa kualiti pendidikan tinggi serta menghasilkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran pembangunan bandar masa hadapan.

WZFJFA~