?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM terajui pemindahan teknologi pertanian di 60 Kem ATM seluruh negara

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG,  13 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) terus memperkukuh peranannya dalam pemindahan ilmu dan teknologi apabila diberi tanggungjawab membimbing pelaksanaan tujuh projek pertanian di kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara menerusi Program Ekonomi MADANI ATM tahun 2026.

 

Inisiatif itu diketengahkan sempena Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Kem Batu 3, Kluang, semalam.

 

Program tersebut melibatkan universiti awam Malaysia sebagai perantara pakar pemindahan ilmu kepada projek pertanian yang sedang dilaksanakan bagi membantu meningkatkan sosioekonomi keluarga ATM, khususnya anggota Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

 

Bagi tahun ini, UPM diberi tanggungjawab membimbing projek melibatkan ternakan kelulut, tanaman halia Bentong, tanaman cendawan serta penggunaan dron dalam pertanian.

 

Program itu dilaksanakan secara berfasa bermula tahun lalu dan diteruskan pada tahun ini dengan tambahan penyertaan melibatkan 60 kem ATM di seluruh negara.

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin, berkata selain potensi halia segar untuk dijual, tanaman itu juga boleh diproses kepada produk bernilai tambah.

 

“UPM juga akan berusaha mendapatkan pasaran melalui kerjasama industri bagi memperkukuh pemasaran produk nilai tambah halia ini,” katanya.

 

Selain itu, dalam majlis peluncuran tersebut, UPM turut mengetuai pameran tanaman halia Bentong yang dilaksanakan di tiga kem ATM iaitu Kem Rejimen 501 Askar Wataniah, Tebrau Johor Bahru; Kem PULADA, Ulu Tiram, Johor Bahru dan Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

Anggota BAKAT telah diberi pendedahan oleh UPM dalam menghasilkan serunding bilis halia, serbuk dan halia kering serta jus herba halia yang turut dipamer dan dijual semasa majlis peluncuran.

 

Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad, berkata projek tersebut selari dengan pelaksanaan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM yang menekankan pemindahan ilmu kepada masyarakat dan anggota agensi.

 

“Projek itu dijangka menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga ATM selain membudayakan elemen keusahawanan tani dalam kalangan komuniti ATM,” katanya.

 

Dalam pada itu, projek di Kem Rejimen 501 Askar Wataniah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairulmazmi, manakala projek di Kem PULADA pula dipimpin oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Aiman Takrim dan projek di Kem Perdana Sungai Besi diketuai oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Elliza Tajidin.

WZFOBA6~