?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM terajui pemerkasaan wanita Orang Asli Temuan melalui inovasi warisan


BANTING, 18 Januari
 – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh peranan dan kepakaran dalam memperkasa wanita Orang Asli Temuan sebagai pemimpin inovasi berasaskan warisan budaya menerusi Program Suri Warisan: Pemimpin Wanita Orang Asli dalam Inovasi, Reka Bentuk dan Teknologi Warisan yang berlangsung di Pulau Kempas, Banting, Selangor baru-baru ini.

Program dua hari itu menghimpunkan 28 orang wanita Orang Asli Temuan bersama ahli akademik dan penggerak komuniti daripada UiTM, Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam usaha memartabatkan inovasi berasaskan warisan budaya dan alam sekitar setempat.

Pensyarah Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM, Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, berkata penglibatan UPM dalam program ini menekankan kepimpinan wanita Orang Asli perlu dibentuk melalui pendekatan hormat budaya dan pengalaman sebenar komuniti.

“Pemerkasaan wanita Orang Asli perlu dilaksanakan secara inklusif dengan menghormati identiti budaya serta memberi ruang kepada mereka untuk meneroka potensi diri serta mempunyai kekuatan tersendiri sebagai pemimpin komuniti,” katanya.

Tambah beliau, tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada wanita Orang Asli Temuan agar lebih yakin menerangkan idea rekaan mereka yang diinspirasikan daripada alam sekitar dan dikaitkan dengan nilai budaya komuniti.

“Keupayaan ini membuktikan bahawa wanita Orang Asli bukan sahaja mampu berinovasi, malah berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa apabila diberi sokongan dan bimbingan berterusan,” katanya.



Sementara itu, pelajar Bachelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul berkata, penyertaan dalam program memberi pendedahan yang sangat bermakna, terutamanya melalui perkongsian ilmu daripada pelajar UiTM.

"Kami diberi peluang untuk menghasilkan lampu sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing dengan bimbingan terus daripada pelajar UiTM.

"Selain itu, program ini juga membantu saya meningkatkan kemahiran insaniah, terutamanya dari segi komunikasi apabila berinteraksi dengan komuniti Orang Asli.

"Melalui interaksi tersebut, saya dapat mempelajari banyak perkara baharu tentang budaya mereka, termasuk pantang larang di kampung serta adat perkahwinan yang diamalkan,'' ujarnya.

Secara keseluruhannya, program ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang berharga kepada saya.

Dalam pada itu, inisiatif program ini turut membuka ruang kepada pembangunan potensi keusahawanan serta pemerkasaan ekonomi komuniti secara mampan. Hasil kraftangan dan produk pertanian tempatan yang diusahakan oleh wanita Orang Asli Temuan dipasarkan kepada para peserta dan tetamu luar pada penghujung program.

WZDGVAT~