?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM perkukuh jaringan global menerusi Mesyuarat IRO+3 ASEAN 2026

Oleh: Husnina Zahra Hadri
Foto Oleh: i-PUTRA

 

 

SERDANG, 29 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh jaringan antarabangsa menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Ketua Perhubungan Antarabangsa ASEAN+3 (IRO+3) ke-13 2026 di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib berkata, penglibatan aktif universiti dalam platform antarabangsa itu membuka ruang kepada kerjasama lebih luas melibatkan mobiliti pelajar dan staf, penyelidikan bersama serta pembangunan bakat global.

 

“UPM komited untuk terus memperkukuh jaringan global dan memastikan setiap libat urus strategik diterjemahkan kepada kerjasama berimpak tinggi kepada universiti serta masyarakat,” katanya.

 

Beliau mengetuai delegasi UPM bersama Timbalan Pengarah (Hubungan Antarabangsa) Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA), PLC. Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan ke mesyuarat yang bertemakan “Memimpin Institusi Pendidikan Tinggi dalam Era Kecerdasan Buatan (AI) ke arah Perkongsian Strategik”.

 

UPM telah mengadakan tujuh sesi libat urus dua hala strategik sepanjang program bersama institusi terkemuka termasuk Kyoto University, De La Salle University, Kanazawa University, Royal University of Law and Economics, Guizhou University, Kyung Hee University dan Institut Teknologi Bandung.

 

 

 

Menurut beliau, hasil daripada sesi tersebut, UPM berjaya memeterai surat hasrat (LoI) bersama Kyung Hee University, Korea Selatan dan Kanazawa University, Jepun.

 

“Kejayaan ini mencerminkan pendekatan proaktif UPM berteraskan pengantarabangsaan melalui kerjasama strategik, peluang mobiliti dan platform kolaboratif yang memberi manfaat kepada universiti serta rakan institusi,” katanya.

 

Sementara itu, Royal University of Law and Economics, Kemboja turut menyatakan komitmen untuk meneruskan pemeteraian LoI susulan perbincangan yang diadakan.

 

Penyertaan itu membuktikan komitmen berterusan UPM dalam memperluas jaringan antarabangsa serta memperkukuh kolaborasi strategik dalam kalangan institusi pengajian tinggi serantau dan global.

 

Usaha itu selaras dengan aspirasi UPM untuk terus memperluas jaringan antarabangsa serta memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat global.

WZFJOAm~