?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM lancar ‘BioTech Connect’, pacu pengkomersialan penyelidikan dan kerjasama industri

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 24 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama strategik universiti-industri menerusi pelancaran platform baharu, ‘BioTech Connect’ yang dijangka mempercepat pengkomersialan penyelidikan serta merapatkan jurang antara kepakaran akademik dan keperluan industri.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata keperluan kerjasama rapat antara universiti dan industri kini semakin mendesak dalam memastikan inovasi dapat diterjemahkan kepada impak ekonomi sebenar.

 

“BioTech Connect bukan sekadar platform kolaborasi tetapi pemangkin kepada model co-creation yang membolehkan penyelidikan universiti dipacu bersama industri dan dipercepat ke peringkat pengkomersialan,” katanya.

 

Tambah beliau, penglibatan aktif industri juga memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang lebih kompeten, relevan dan bersedia menghadapi cabaran pasaran kerja.

 

Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM, Prof. Dr. Ts. Rosfarizan Mohamad, berkata platform ini membuka ruang kolaborasi berimpak tinggi dalam bidang bioteknologi dan sains biomolekul.

 

“Melalui platform tersebut pelajar mendapat pendedahan kepada pengalaman industri sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.

 

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif ini, rakan industri turut terlibat dalam sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD) bersama ahli akademik yang memberi tumpuan kepada dua bidang utama iaitu pertanian dan keterjaminan makanan serta kesihatan planet dan kelestarian.

 

Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat FBSB, UPM, Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak, berkata kerjasama UPM bersama industri sebelum ini telah menghasilkan pelbagai pencapaian termasuk projek penyelidikan bernilai puluhan juta ringgit, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian (MoA) serta kejayaan pengkomersialan produk dan pemindahan teknologi.

 

“UPM turut menggalakkan pihak industri memanfaatkan insentif kerajaan seperti Double Tax Deduction bagi projek penyelidikan bersama universiti yang dapat mengurangkan kos pelaburan dan risiko syarikat,” katanya.

 

Dalam pada itu, FBSB UPM turut melancarkan Playbook Keterjaminan Makanan di bawah inisiatif PUTRA@BioTech sebagai sokongan kepada agenda sekuriti makanan universiti sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2026–2030.

WZFJPAw~