?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UNSEEN: Trail With Hope perkasa inklusiviti, serlah keupayaan OKU penglihatan

 

Oleh: Mohamad Amirul Mohd Adnan Ali

 

 

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Program inklusif UNSEEN: Trail With Hope mencipta pengalaman bermakna apabila menghimpunkan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan bersama peserta normal dalam aktiviti pendakian yang sarat dengan nilai empati, kepimpinan dan semangat kebersamaan.

 

 

Berlangsung di Taman Tugu, program itu melibatkan 30 peserta dengan membawa tema “One Team, One Trail, One Spirit”, sekali gus mengetengahkan semangat kolaborasi tanpa batas dalam kalangan masyarakat.

 

 

Program anjuran Majlis Perwakilan Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Society of the Blind Malaysia dan Persatuan Mahasiswa OKU UPM itu menghimpunkan 20 peserta daripada komuniti OKU penglihatan serta 10 mahasiswa OKU UPM.

 

 

Menggunakan pendekatan sistem “buddy”, setiap peserta OKU dipadankan dengan seorang pembimbing bagi memastikan keselamatan sepanjang pendakian, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kepekaan sosial dalam kalangan peserta.

 

 

Selain aktiviti pendakian, program turut diisi dengan sesi interaksi dan perkongsian pengalaman yang memberi peluang kepada peserta memahami cabaran serta realiti kehidupan golongan OKU secara lebih dekat.

 

 

Antara momen paling menyentuh hati ialah kejayaan seorang peserta OKU buta sepenuhnya menamatkan pendakian buat kali pertama selepas sebelum ini berdepan rasa takut dan keterbatasan peluang.

 

 

 

Pengalaman itu menjadi simbol keberanian serta membuktikan kekangan fizikal bukan penghalang untuk seseorang mencipta pencapaian bermakna apabila diberikan sokongan dan peluang yang sewajarnya.

 

 

Walaupun berdepan cabaran seperti pemisahan sementara pasangan “buddy” akibat faktor laluan, situasi berjaya dikendalikan dengan baik oleh pasukan pemandu arah, sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan dan pengurusan risiko yang berkesan.

 

 

Menurut pengarah program, kejayaan penganjuran tersebut membuktikan golongan OKU penglihatan mempunyai potensi besar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti komuniti sekiranya diberikan ruang dan sokongan berterusan.

 

 

 

“Program ini bukan sahaja membuka mata masyarakat terhadap keupayaan sebenar golongan OKU, malah mengingatkan kita bahawa inklusiviti adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

 

 

Beliau berkata sambutan positif yang diterima turut membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak program seumpamanya pada masa hadapan dalam usaha menghapuskan stigma serta memperkukuh budaya masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin.

WZFJBAU~