?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Surau wakaf pacu budaya ilmu dan kesejahteraan warga UPM

 

SERDANG, 23 April - Inisiatif pembangunan Surau Wakaf di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh peranan wakaf dalam menyokong kesejahteraan warga kampus serta kelestarian institusi berasaskan ilmu.

 

Majlis perasmian surau berkenaan disempurnakan Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc, yang turut menegaskan bahawa pendekatan wakaf bukan sekadar sumbangan fizikal, sebaliknya instrumen penting dalam membina ekosistem ilmu yang berterusan dan berimpak.

 

“Moto UPM ‘Berilmu Berbakti’ mencerminkan tanggungjawab universiti untuk menghayati dan memanfaatkan ilmu demi kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika menyampaikan tazkirah selepas mengimamkan solat Zohor bersama warga perpustakaan.

 

Beliau menambah, peranan perpustakaan kini melangkaui fungsi tradisional apabila menjadi penghubung antara maklumat dan ilmu yang akhirnya diterjemahkan kepada khidmat bakti kepada masyarakat.

 

Sementara itu, Ketua Pustakawan UPM, Cik Haslina Abu Seman berkata, pembangunan Surau Wakaf berkenaan mencerminkan usaha memperkukuh model pembiayaan alternatif universiti melalui wakaf yang mampan.

 

“Wakaf merupakan antara strategi penting dalam menyokong keperluan semasa serta membina kapasiti masa hadapan universiti, termasuk memperkasa kemudahan dan akses kepada koleksi bercetak serta digital,” katanya.

 

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan pelbagai sumbangan wakaf, termasuk Mushaf Al-Quran Braille oleh King Abdulaziz University, koleksi kitab karya tokoh ilmuwan Islam Yusuf al-Qaradawi melalui inisiatif Mohd Sukki Othman, serta peruntukan Wakaf Buku Digital PSAS berjumlah RM153,420.70 daripada Dana Wakaf Ilmu UPM.

 

Turut hadir, Pengarah WAZAN UPM, Tn. Haji Haris Dahlan, pegawai Pusat Islam Universiti, wakil Majlis Perwakilan Pelajar serta warga PSAS.

WZFJJA~