?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pelajar UPM raih tiga anugerah utama dalam PayNet Digital Campus Summit 4.0

 

SERDANG, 5 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila lima pelajarnya meraih tiga anugerah utama dengan jumlah kemenangan keseluruhan RM60,000 dalam sesi pembentangan akhir projek sempena PayNet Digital Campus Summit 4.0 (PDC 4.0), baru-baru ini.

 

Pasukan UPM terdiri daripada pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Muhamad Syafiq Mohd Salleh, Hazwan Hamizan Wan Zaidin, Hazim Halim dan Muhammad Irshad Azian serta pelajar Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian dari Fakulti Sains, Easwaran a/l Vasudavan.

 

Sebelum ini, lima pelajar UPM tersebut terpilih sebagai finalis bagi kategori Universiti Awam dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam pertandingan berprestij tersebut yang menampilkan idea inovatif berkaitan penyelesaian pembayaran digital di kampus.

 

Pasukan UPM memenangi Anugerah Pembentang Terbaik menerusi projek Putra Smart Cashless Campaign membuktikan keupayaan pelajar universiti itu menyampaikan idea secara profesional, kreatif dan berimpak tinggi.

 

Selain itu, UPM turut meraih Tempat Ketiga bagi kategori Universiti Awam (UA) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta Tempat Ketiga bagi kategori Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan hadiah wang tunai RM30,000 berserta sijil dan piala iringan.

 

Antara projek yang diketengahkan di bawah tujuh teras kempen PDC 4.0 termasuk Inovasi Kitarstic Lab, Bustopreneur dan Putra Fiesta yang menumpukan kepada penyelesaian inovatif serta penglibatan komuniti dalam memperluas penggunaan pembayaran digital di kampus.

 

Kempen tersebut mengetengahkan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang berorientasikan pembangunan keusahawanan pelajar, kelestarian alam sekitar serta kebajikan pelajar bagi memperkasa budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan warga kampus.

 

Pengarah Projek PayNet Digital Campus 4.0 UPM, Muhamad Syafiq Mohd Salleh, berkata pencapaian itu merupakan hasil sokongan berterusan pihak universiti, bimbingan pensyarah serta kerjasama kukuh dalam kalangan ahli pasukan.

 

“Penyertaan dalam PDC 4.0 menjadi platform terbaik untuk pelajar menonjolkan idea kreatif di samping membina jaringan profesional bersama pemain industri. Projek yang diketengahkan turut memberi fokus kepada penyelesaian inovatif bagi memperluas penggunaan pembayaran digital di kampus,” katanya.

 

Dalam pada itu, program PayNet Digital Campus 4.0 mencatatkan rekod baharu dengan 58.7 juta transaksi digital di 44 universiti seluruh negara sepanjang 2025, iaitu lebih dua kali ganda berbanding 24.4 juta transaksi pada 2024.

 

Penganjuran PDC 4.0 bertujuan menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi menghasilkan penyelesaian digital yang relevan dengan ekosistem kampus serta menyokong transformasi ke arah penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam komuniti universiti.

 

 

WZDFRA~