?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Matematik jadi teras keselamatan siber dan kedaulatan digital negara

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Syuqqree Mohd Dain

 

SERDANG, 6 Feb – Matematik bukan sekadar disiplin akademik berteraskan nombor, sebaliknya merupakan tunjang utama kepada keselamatan siber, perlindungan data dan kedaulatan infrastruktur digital dunia.

 

Pengarah Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin berkata matematik bermula daripada pemerhatian terhadap simetri, corak dan keharmonian alam seperti nisbah keemasan, jujukan Fibonacci dan fraktal, sebelum berkembang menjadi struktur kompleks yang menyokong kemajuan sains, teknologi dan dunia digital.

 

“Sebenarnya matematik bermula daripada pemerhatian terhadap simetri, corak dan keharmonian alam seperti nisbah keemasan, jujukan Fibonacci dan fraktal sebelum berkembang menjadi struktur kompleks yang menyokong kemajuan sains, teknologi dan dunia digital.

 

“Keindahan dalam matematik bukan bersifat teori semata-mata. Prinsip ini membentuk pemikiran saintifik yang menekankan kejelasan, kesederhanaan dan konsistensi, yang akhirnya menjadi asas kepada inovasi teknologi moden,” katanya dalam Syarahan Inaugural beliau bertajuk ‘A Tribute to Mathematics From Aesthetics to the Building Block of Cyber Security’.

 

Tambah beliau, dalam konteks keselamatan siber struktur matematik seperti nombor perdana, lengkung eliptik dan medan terhingga memainkan peranan kritikal dalam pembangunan sistem kriptografi yang selamat dan efisien.

 

“Teknik penyulitan moden bergantung kepada kekuatan masalah matematik tertentu serta cabaran utama ialah mengimbangi kesederhanaan pelaksanaan dengan kerumitan matematik yang tinggi bagi memastikan sistem kekal selamat,” katanya.

 

Datuk Prof. Dr. Muhammad Rezal berkata, Malaysia perlu beralih daripada sekadar pengguna teknologi kepada negara yang membangunkan sistem keselamatan siber berasaskan acuan matematik sendiri.

 

“Selama ini kita mengguna pakai teknologi yang dibangunkan oleh pihak luar tetapi era keselamatan siber hari ini menuntut kita mereka bentuk matematik kita sendiri untuk melindungi sistem digital negara,” katanya.

 

Menurut beliau, perkembangan teknologi kuantum dijangka menggugat sistem keselamatan siber sedia ada, sekali gus meletakkan dunia dalam fasa baharu yang membolehkan negara mentakrifkan sendiri sistem keselamatan digital masing-masing.

 

“Apabila kita mentakrifkan keselamatan siber, sebenarnya kita mentakrifkan matematik kita. Inilah peluang bersejarah untuk Malaysia membangunkan ekosistem kriptologi dan keselamatan digital sendiri sebagai sebahagian daripada pembangunan negara,” katanya.

 

Beliau turut berkongsi usaha membangunkan ekosistem teknologi tempatan dengan kerjasama rakan industri, termasuk pembangunan peranti pintar tempatan yang kini berada pada peringkat ujian beta.

 

“Matematik bukan sekadar alat pengiraan sebaliknya merupakan bahasa sejagat yang membantu manusia memahami alam, menetapkan matlamat dan mencapai kesejahteraan hidup.

 

“Matematik ialah asas kepada dunia fizikal, pemikiran saintifik dan dimensi metafizik manusia. Perjalanannya daripada keindahan estetik kepada aplikasi keselamatan siber mencerminkan keupayaan manusia memahami, menguasai dan melindungi tamadun digital moden,” katanya.

 

WZDEFA~