?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

ICYOUTH 2026 ketengah AI beretika, peranan belia pacu kesejahteraan masyarakat

Oleh: Husnina Zahra Hadri
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 6 Mei - Peranan golongan belia dan kecerdasan buatan (AI) dalam membentuk masa depan masyarakat menjadi fokus utama Persidangan Belia Antarabangsa ke-5, ICYOUTH 2026, yang menghimpunkan pakar, pembuat dasar dan peserta antarabangsa bagi membincangkan penggunaan teknologi secara inklusif, beretika dan berimpak sosial.

 

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata pembangunan AI perlu disokong dengan rangka kerja tadbir urus yang jelas bagi memastikan teknologi tersebut berkembang secara selamat, telus dan bertanggungjawab.

 

“AI tidak boleh dibiarkan berkembang tanpa kawalan. Apabila sistem menjadi semakin pintar, rangka kerja kita juga perlu lebih kukuh supaya teknologi ini dapat difahami, ditadbir dan diyakini masyarakat,” katanya.

 

 

Beliau berkata, Malaysia kini giat memperkukuh ekosistem digital negara menerusi pembangunan bakat AI, peluasan infrastruktur digital serta pembentukan dasar yang menekankan aspek keadilan, akauntabiliti, ketelusan dan keselamatan teknologi.

 

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc, menegaskan bahawa pembangunan AI perlu dipandu oleh nilai kemanusiaan agar manfaat teknologi dapat dinikmati secara seimbang oleh masyarakat.

 

“AI bukan sahaja perlu cekap, tetapi juga mesti beretika, inklusif dan bertanggungjawab secara sosial. Di sinilah peranan sains sosial menjadi penting dalam memastikan teknologi dipandu oleh nilai kemanusiaan,” katanya.

 

Beliau berkata, UPM komited memperkukuh penyelidikan antara disiplin yang menghubungkan teknologi dan sains sosial dalam usaha menangani cabaran masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia dan komuniti.

 

 

Katanya, universiti juga memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal, tetapi turut memiliki pemikiran kritikal, kesedaran etika dan tanggungjawab sosial dalam memanfaatkan AI demi kesejahteraan masyarakat.

 

Persidangan anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), itu membawa tema “AI and Youth for Societal Impact: Transforming Communities and Advancing Wellbeing” dengan fokus kepada penggunaan AI secara bertanggungjawab dalam mendepani cabaran sosial dan teknologi semasa.

 

Program selama dua hari itu turut menjadi platform kepada golongan belia untuk berkongsi idea, membina jaringan antarabangsa serta meneroka penyelesaian inovatif bersama pakar pelbagai bidang.

 

Persidangan berkenaan turut menyaksikan pelancaran enam buku hasil penyelidikan IPSAS yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuk perubahan iklim, kesihatan awam dan pembangunan belia.

WZFJBAU~