?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

FBMK Anjur Putra Cakna 4.0 Perkukuh Jalinan Komuniti

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang, Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari dan Muhammad Izrul Abdul Jabar





SERDANG, 3 Mac – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan tradisi menyantuni masyarakat menerusi penganjuran Program Putra Cakna 4.0 bersempena Ramadan yang melibatkan anak yatim, ibu tunggal, staf asnaf serta pelajar fakulti itu, hari ini.

Program berteraskan semangat kebersamaan dan keprihatinan ini turut menyaksikan warga FBMK bergotong-royong menyediakan 2,000 bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga UPM serta masyarakat sekitar Serdang.

Dekan FBMK UPM, Prof. Dr. Hazlina Abdul Halim berkata, program yang dianjurkan buat kali keempat itu menjadi platform memperkukuh jalinan hubungan antara universiti dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan rakyat. serta mendukung konsep Malaysia MADANI.



“FBMK sentiasa komited untuk membantu golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Program ini merupakan inisiatif untuk menghayati semangat pengorbanan, menyuburkan nilai keagamaan dan mempererat ukhuwah dalam kalangan warga fakulti serta komuniti,” katanya.

Seramai 40 anak yatim dari rumah kebajikan sekitar Serdang, Bangi dan Kajang serta 50 ibu tunggal menyertai program tersebut yang turut diisi dengan penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa.




Program Putra Cakna 4.0 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang menzahirkan penghargaan atas komitmen berterusan FBMK dalam menyemarakkan budaya cakna dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga universiti.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan peranan UPM sebagai universiti yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah aktif memacu agenda kesejahteraan komuniti sejajar dengan nilai ihsan dan kemampanan.

WZDELAX~