?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

FANTASI 2026 martabatkan keunggulan pantun dalam kalangan pelajar asasi

Oleh: Aimi Mohamad Farid
Jurugambar: Saleha Haron

 

 

SERDANG, 8 April — Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2026 terus menyerlah sebagai platform utama dalam mengangkat martabat seni pantun, sekali gus memperkukuh usaha nasional memelihara dan melestarikan warisan budaya Melayu dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

 

Festival anjuran Pusat Asasi Sains (ASPutra), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM itu menghimpunkan pelajar asasi dari pelbagai institusi, menyediakan ruang untuk mereka menampilkan kreativiti sambil memupuk penghargaan terhadap puisi tradisional Melayu.

 

Pengarah ASPutra, UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd. Tah berkata, penganjuran program seumpama ini amat penting dalam memastikan warisan budaya terus dipelihara oleh generasi muda.

 

 

“Program seperti ini membuktikan bahawa pantun kekal relevan sebagai medium pendidikan dan pembinaan sahsiah, selain menyuburkan kreativiti serta kecintaan terhadap warisan budaya,” katanya.

 

Festival yang bertemakan “Menyemai Benih Warisan, Menuai Hasil Berpanjangan” itu menampilkan penyertaan 20 pasukan mewakili 12 universiti serta sebuah kolej matrikulasi, mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesinambungan tradisi budaya untuk generasi akan datang.

 

Wakil juri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd Amran Daud, memuji tahap persembahan yang tinggi dalam kalangan peserta, khususnya dari segi penguasaan struktur pantun, bahasa dan penyampaian.

 

 

“Secara keseluruhan, para peserta menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan persaingan yang sengit sehingga menyukarkan pemilihan pemenang,” katanya.

 

Berkongsi pengalaman, pelajar asasi UPM, Muhammad Irsyad Ikhwan Mohamed Nasir, menyifatkan penyertaannya sebagai satu penghormatan dan pengalaman bermakna yang menggalakkan pemikiran kritis serta penghargaan terhadap budaya.

 

“Saya berasa bangga dapat mewakili UPM, dan saya percaya FANTASI wajar diteruskan kerana ia mencabar peserta untuk berfikir secara kreatif di samping mengeratkan hubungan serta memastikan persaingan yang sihat,” katanya.

 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Ir. Dr. Abdul Rahim Abu Talib.

 

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Dekan dan Pengarah Asasi (MDPA), Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman serta Pengarah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan, Encik Abang Haliman Abang Judai yang mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Dalam pertandingan tersebut, Universiti Malaya (Pasukan B) muncul juara, diikuti Universiti Teknologi MARA (Pasukan B) sebagai naib juara, manakala Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di tempat ketiga.

WZFJGAy~