?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM gerak 200 pegawai, perkasa pelaksanaan strategi 2026

Oleh: Husnina Zahra Hadri

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 27 April - Hampir 200 pegawai akademik dan profesional Universiti Putra Malaysia (UPM) berhimpun dalam Bengkel Makmal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UPM 2026 sebagai langkah memperincikan misi dan hala tuju universiti kepada pelaksanaan berimpak tinggi di semua peringkat.

 

Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik), Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin berkata, bengkel berkenaan menjadi platform penting untuk memastikan penjajaran strategik dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat organisasi.

 

“Bengkel ini menghimpunkan kepimpinan PTJ supaya setiap unit bergerak dalam satu arah strategik yang sama, selari dengan Misi Fokus dan Hasrat Strategik 2026.

 

“Pendekatan berorientasikan misi membolehkan indikator prestasi dirangka secara lebih berimpak, bukan sekadar alat pengukuran, tetapi sebagai pemacu pelaksanaan strategi universiti,” katanya.

 

Bengkel tersebut melibatkan Ketua dan Timbalan Ketua PTJ serta pegawai pentadbiran dalam usaha memastikan penyelarasan pelaksanaan strategi di semua peringkat.

 

Perbincangan memberi tumpuan kepada kerangka Pelan Strategik UPM 2026–2030 yang merangkumi empat domain utama iaitu keterjaminan makanan, kelestarian, pengiktirafan global serta kesejahteraan warga dan Jiwa Putra.

 

Kerangka ini dipacu melalui lima pemacu transformasi melibatkan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, khidmat komuniti, rangkaian industri serta pendanaan dan penjanaan.

 

Pada masa sama, enam pemboleh daya turut ditekankan meliputi bakat, kemampanan sumber, ekosistem data, komunikasi dan penjenamaan, tadbir urus serta rakan alumni bagi memastikan pelaksanaan strategi yang lebih bersepadu, mampan dan berimpak tinggi.

 

Sesi tersebut turut menggabungkan pendekatan top-down dan bottom-up bagi memastikan keselarasan antara perancangan strategik universiti dengan pelaksanaan KPI di peringkat operasi.

 

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan UPM untuk memastikan setiap peringkat organisasi bergerak selaras dengan hala tuju strategik yang jelas.

 

Hasil bengkel dijangka menjadi asas utama kepada pelaksanaan Pelan Strategik UPM 2026–2030, dengan penekanan kepada impak nyata terhadap warga UPM, pelajar, alumni, rakan industri dan masyarakat.

WZFJFAP~