???? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Anjur Kursus Asas Penyembelihan Halal Gabung Perspektif Syariah dan Sains

 

SERDANG, 5 Jun – Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti dan Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, telah menganjurkan Kursus Asas Penyembelihan Halal bagi memberi pendedahan bersepadu berkaitan prinsip syariah dan sains dalam pengurusan haiwan sembelihan.

 

Kursus yang disertai oleh pelajar, warga akademik dan orang awam, khususnya dalam kalangan Kariah Masjid UPM, bertujuan memberi pemahaman asas mengenai konsep penyembelihan halal serta kepentingan nilai ihsan dalam pengendalian haiwan sembelihan. Penekanan turut diberikan terhadap amalan sembelihan korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

 

Kursus ini turut menampilkan dua penceramah berpengalaman, iaitu Ustaz Mohamad Nazar Mohamed Yunos dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pengarah IPPH sendiri, Prof. Dr. Awis Qurni Sazili, yang berkongsi perspektif syariah dan saintifik secara holistik dalam topik penyembelihan.

 

 

Menurut Pengarah Program, Dr. Mohd Nizam Hayat, kursus ini menyampaikan maklumat kepada orang awam tentang keperluan mematuhi syarak serta mengamalkan ihsan kepada haiwan menerusi sesi latihan praktikal yang dikendalikan sepanjang program.

 

“Program ini memberikan kefahaman kepada masyarakat bagaimana sains memainkan peranan penting dalam membuktikan kesan penyembelihan halal terhadap kesejahteraan haiwan serta kualiti daging yang lebih baik,” jelas beliau.

 

Penyelidik Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal IPPH, Dr. Yazid Yaakob, turut menegaskan bahawa kursus ini bertepatan dalam mendidik masyarakat tentang ihsan dalam penyembelihan, selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

 

“Ia bukan sahaja menekankan pematuhan terhadap rukun sembelihan, malah memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu dan penyelidikan dalam setiap aspek kehidupan,” katanya.

 

Dalam pada itu, kursus ini merupakan antara inisiatif berterusan UPM dalam memartabatkan amalan halal berasaskan ilmu dan integriti, serta memperkukuh jalinan antara institusi akademik, agama dan masyarakat.

WYGHEAZ~