?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

TNCAA UPM ketengah agenda universiti pintar di DiFCon 2026

 

Agenda transformasi digital dan pembangunan universiti pintar menjadi fokus utama pembentangan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia, Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, pada Digital Futures International Congress 2026 yang lepas.

 

Beliau yang dijemput sebagai pengucaptama persidangan antarabangsa itu membentangkan ucapan bertajuk “Smart University: Advancing Teaching & Learning” yang mengetengahkan hala tuju UPM dalam memperkasa ekosistem pendidikan tinggi berasaskan teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI).

 

Menurut beliau, pendigitalan kampus bukan lagi sekadar inisiatif teknologi maklumat, sebaliknya menjadi pemboleh daya utama dalam memacu kecemerlangan universiti dan memperkukuh aspirasi True North UPM.

 

“Transformasi digital perlu dilihat sebagai pemangkin kepada sistem pendidikan yang lebih pintar, fleksibel dan responsif terhadap perubahan masa hadapan.

 

“Universiti perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan pengalaman pembelajaran, penyelidikan dan tadbir urus dapat dipertingkat secara menyeluruh,” katanya.

 

Dalam pembentangan tersebut, beliau turut memperkenalkan visi Digital Transformation 2030 UPM yang memberi tumpuan kepada integrasi teknologi termaju dalam operasi universiti serta pembangunan akademik masa depan.

 

 

 

Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk penggunaan AI generatif dan agen AI merentasi lima teras utama universiti melibatkan akademik, hal ehwal pelajar, penyelidikan dan tadbir urus.

 

UPM turut memperluas inovasi akademik menerusi pengenalan 12 kursus mikro-kredensial yang boleh digabungkan menjadi program ijazah sarjana seperti Master in Data Science dan Master in Digital Intelligence.

 

Selain itu, UPM juga memperkukuh ekosistem pembelajaran pintar melalui pembangunan bilik darjah imersif serta pengupayaan penyelidikan menggunakan kemudahan pengkomputeran berprestasi tinggi.

 

Dalam masa sama, beliau turut menekankan cabaran penggunaan AI dalam pendidikan tinggi, khususnya berkaitan integriti akademik dan kaedah penilaian pelajar.

 

Katanya, UPM melaksanakan strategi mitigasi menyeluruh melibatkan pengukuhan dasar di peringkat universiti, latihan berterusan kepada fakulti serta penyesuaian pendekatan pedagogi bagi memastikan sistem penilaian akademik kekal relevan dan berintegriti dalam era AI.

WZFJAAo~