?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Runway SFX Horror UPM tonjol bakat, buka laluan industri kreatif

 

 

Oleh: Zarith Sofea Ibrahim

 

Foto Oleh: Wan Saleadzan Adlizan Wan Sharbini

 

SERDANG, 30 April - Program Special Effect Makeup (SFX) Horror Runway anjuran pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga), Universiti Putra Malaysia (UPM) bukan sekadar pentas kreativiti, malah membuka laluan kepada pelajar meneroka peluang dalam industri kreatif yang semakin berkembang.

 

Program itu menampilkan hasil kerja pelajar melalui persembahan runway bertemakan elemen seram, sekali gus mengetengahkan kemahiran solekan kesan khas yang kini mendapat permintaan dalam bidang perfileman, teater dan kandungan digital.

 

Pengarah program, Syafiqah Mubarak Ali, berkata pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar membantu pelajar menguasai kemahiran teknikal serta membina keyakinan diri.

 

“Program ini membuktikan bidang SRT bukan sekadar penjagaan diri, tetapi turut merangkumi kemahiran kreatif yang mempunyai nilai komersial,” katanya.

 

Program yang diselia oleh Pensyarah Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Anis Zakaria itu turut dilihat selari dengan usaha universiti memperkasa kebolehpasaran graduan dalam industri kreatif.

 

Pelajar Tahun Kedua, Fatin Hamimi Zulkafle, berkata pengalaman tersebut meningkatkan keyakinan serta kemahiran komunikasi.

 

“Kami bukan sahaja menghasilkan solekan, tetapi membina karakter dan mempersembahkannya secara profesional,” katanya.

 

 

Sementara itu, Nor Ainnafisa Nor Mohd Nordin berkata antara cabaran utama adalah menyiapkan solekan yang realistik dalam tempoh sekitar tiga jam.

 

“Saya perlu memastikan setiap perincian kelihatan hidup, di samping menyelaraskan kostum dan konsep keseluruhan bagi menghasilkan impak visual yang kuat,” katanya.

 

Batrisyia Wirdani Ismail pula berkata program tersebut memberi pendedahan awal terhadap realiti kerja dalam industri.

 

 

“Melalui program ini, saya berpeluang merasai sendiri proses solekan yang memerlukan tahap disiplin tinggi untuk menjayakan sesuatu persembahan,” katanya.

 

Program ini mencerminkan keupayaan pelajar menggabungkan kreativiti dan kemahiran teknikal dalam menghasilkan karya yang berpotensi diketengahkan ke peringkat industri.

WZFJNAp~