?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Putra Prism 2026 tingkat kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa

Oleh: Husnina Zahra Hadri
Foto Oleh: Md Nasir Hussin & Mozaid Idris

 

 

SERDANG, 6 Mei – Program Putra Prism: The SDG Synergy Symposium 2026 menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menerusi perkongsian ilmu, inovasi dan kerjasama pelbagai pihak di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Profesor Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin berkata, penganjuran program amat penting dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar.

 

“Program seperti ini wajar diteruskan dan diperkasakan agar menjadi pemangkin kepada inovasi, pendidikan dan tindakan kolektif ke arah masa depan yang lebih lestari,” katanya.

 

 

Beliau berkata pendekatan kolektif dan kerjasama rentas sektor amat penting dalam memastikan pembangunan yang inklusif, mampan dan berdaya tahan, khususnya dalam dunia yang semakin kompleks.

 

Pengarah Program Putra Prism 2026, Che Wan Muhammad Aziemuddin C.W. Kamal berkata, program itu dirangka bagi memberi pendedahan menyeluruh mengenai SDG, dengan penekanan kepada empat matlamat utama yang selari dengan aspirasi UPM.

 

“Putra Prism memberi fokus kepada SDG 2 (Kelaparan Sifar), SDG 8 (Pekerjaan Baik dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) serta SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) agar peserta lebih memahami kaitan pembangunan mampan dengan isu semasa,” katanya.

 

 

Beliau berkata pendekatan seperti forum, townhall dan pameran interaktif juga dipilih bagi memberi pendedahan yang lebih dekat dan praktikal kepada peserta, selain membuka ruang penglibatan aktif antara mahasiswa, industri dan komuniti.

 

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Eko-Teknologi, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nisa Masturina Sauffiee berkata, program tersebut memberi inspirasi kepadanya untuk melihat bagaimana ilmu berkaitan teknologi hijau dan kelestarian boleh diaplikasikan secara praktikal dalam menangani cabaran semasa.

 

“Program ini wajar diperluaskan di seluruh universiti supaya lebih ramai pelajar sedar akan kepentingan kelestarian dan peranan teknologi dalam membina masa depan yang lebih mampan,” katanya.

 

Beliau berkata program itu turut meningkatkan pemahamannya terhadap peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu analisis data pertanian dan memudahkan proses membuat keputusan yang lebih cekap.

 

Kolaborasi khas bersama ALPHA47 Films menampilkan barisan pelakon filem Tarung: Unforgiven iaitu Bront Palarae, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Amir Ahnaf serta pengarah filem, Razaisyam Rashid yang turut menjayakan sesi forum pada sebelah petang.

 

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM itu menghimpunkan lebih 1,000 peserta bagi membincangkan isu semasa berkaitan pembangunan mampan bersempena sambutan Hari Bumi 2026 bertemakan ‘Our Power, Our Planet’.

WZFJAAt~