?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pelajar UPM tembus industri perladangan global, bawa inovasi Malaysia ke Sri Lanka

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 5 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju pendidikan pertanian apabila seorang pelajarnya berjaya menembusi industri perladangan antarabangsa dan memindahkan kepakaran Malaysia ke luar negara.

 

Pelajar Tahun Empat, Bacelor Sains Pengurusan Perladangan (BSPP), Fakulti Pertanian, UPM, Tamilarasan Nagarajan, mencipta sejarah sebagai pelajar pertama program tersebut menjalani latihan industri luar negara dalam sektor perladangan, menandakan pencapaian baharu dalam agenda pengantarabangsaan universiti.

 

Beliau kini menjalani latihan industri selama setahun di Watawala Plantations PLC di Galle, Sri Lanka, selama 10 bulan, selaras dengan model pembelajaran 3+1 BSPP UPM yang menekankan pengalaman industri secara menyeluruh.

 

Tamilarasan berkata, kehadiran beliau bukan sekadar sebagai pelatih, tetapi turut menyumbang secara langsung kepada peningkatan kecekapan operasi ladang.

 

“Sepanjang tempoh tersebut saya berjaya membangunkan 18 handbook perladangan komprehensif merangkumi peringkat asas, lanjutan dan profesional yang kini dijadikan rujukan oleh pengurusan ladang,” katanya.

 

Beliau turut mengendalikan beberapa sesi latihan kepada pengurus dan penolong pengurus ladang bagi meningkatkan kecekapan serta pemahaman dalam pengurusan ladang moden.

 

“Pengalaman ini membuka peluang untuk saya bukan sahaja belajar tetapi berkongsi amalan terbaik pengurusan perladangan dari Malaysia. Saya melihat sendiri bagaimana penambahbaikan sistem dan latihan boleh meningkatkan kecekapan operasi ladang secara signifikan,” katanya.

 

Tambah beliau, sektor perladangan di Sri Lanka masih bergantung kepada sistem tradisional dengan tahap penggunaan teknologi yang lebih rendah berbanding Malaysia telah membuka ruang besar untuk pemindahan ilmu dan inovasi.

 

 

“Mengurus ladang dalam persekitaran yang kurang bergantung kepada teknologi moden mencabar keupayaan saya untuk berfikir secara kritis dan menyesuaikan pendekatan. Ini adalah pengalaman berharga yang tidak boleh diperoleh di bilik kuliah,” tambahnya.

 

Selain itu, pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi profesional beliau, malah memperkukuh kebolehpasaran graduan UPM di peringkat global.

 

Kejayaan ini turut mencerminkan keupayaan universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja bersedia untuk industri tetapi juga mampu menjadi agen perubahan dan rakan strategik kepada sektor perladangan antarabangsa.

 

Dalam pada itu, UPM yakin pencapaian ini bakal memperluas peluang mobiliti global pelajar serta memperkukuh kerjasama industri antara dan rakan antarabangsa yang secara langsung memposisikan negara sebagai hab kepakaran perladangan serantau dalam menangani isu keterjaminan makanan.

WZFJBAX~