?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pelajar UPM pacu STEM di Sabah, bimbing lebih 1,000 pelajar melalui pendekatan interaktif

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 18 Mac – Seramai 24 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan peranan mereka sebagai agen perubahan apabila berjaya membimbing lebih 1,000 pelajar di Sabah baru-baru ini menerusi pendekatan pembelajaran STEM yang interaktif serta berimpak tinggi.

 

Melalui program ‘Bah, STEM Dulu!’ yang dianjurkan oleh Kelab MySTEM Ambassador UPM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), kesemua pelajar tersebut berperanan sebagai fasilitator utama serta berkongsi ilmu bagi program itu di sekitar Kota Kinabalu dan Ranau.

 

Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM, Profesor Madya Dr. Yap Wing Fen berkata penglibatan aktif pelajar dalam program seumpama itu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan pengalaman yang lebih berkesan.

 

“Pelajar bukan sahaja menyampaikan ilmu malah mencipta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar untuk membantu mereka memahami konsep sains dengan lebih jelas,” katanya.

 

 

Program itu bukan sahaja menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), malah memperlihatkan keupayaan mahasiswa UPM mengaplikasikan ilmu secara praktikal dalam konteks komuniti.

 

Pengarah Projek, Muhammad Fathirr Hakimie, berkata pengalaman mengendalikan program komuniti berskala besar itu memberi nilai tambah signifikan kepada pembangunan diri mahasiswa.

 

“Sebagai fasilitator, kami bukan sahaja berkongsi ilmu, tetapi turut membina kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan yang sangat penting untuk masa hadapan,” katanya.

 

Sepanjang program, pelajar UPM mengendalikan pelbagai aktiviti kreatif seperti STEM Dance, STEM Race dan STEM Magic, selain eksperimen hands-on seperti Magnetic Crane, Kejuruteraan Keseimbangan, Litar Do’oh dan eksperimen Bernoulli yang menjadikan pembelajaran lebih dekat dengan kehidupan seharian pelajar.

 

 

Inisiatif yang diterajui pelajar UPM turut memperluas impak sosial apabila mereka bersama komuniti setempat melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Kampung Luanti, mencerminkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan tanggungjawab sosial.

 

Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Rohani Ramlee, berkata pendekatan yang dibawa oleh pelajar UPM sebagai kreatif dan berkesan dalam menarik minat pelajar terhadap STEM.

 

“Program ini memberi manfaat besar kepada pelajar kerana pendekatan yang digunakan bukan sahaja kreatif, malah mampu menyemarakkan minat mereka terhadap bidang STEM dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka potensi diri dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

WZECIAn~