?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

MPP UPM Perkukuh Agenda Universiti Melalui Kunjung Hormat Kepada Naib Canselor



SERDANG, 3 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2025/2026 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah di Dewan Senat UPM.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara wakil mahasiswa dan pihak Pengurusan Tertinggi UPM, di samping membuka ruang dialog konstruktif bagi memperkasa agenda pembangunan pelajar di UPM.

Dalam sesi tersebut, perbincangan tertumpu kepada usaha menyelaras peranan MPP agar selari dengan hala tuju True North UPM, khususnya dalam memperkasa penghakupayaan mahasiswa sebagai rakan strategik universiti serta menekankan kepentingan musyawarah, integriti dan akhlak dalam kepimpinan pelajar.




Selain itu, kepimpinan MPP turut digalakkan memperkukuh sinergi dengan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) bagi memastikan kebajikan serta suara mahasiswa terus terpelihara di semua peringkat.

Sebagai tonggak kepimpinan mahasiswa, setiap ahli MPP diingatkan untuk memikul tanggungjawab sebagai duta universiti yang mencerminkan kecemerlangan serta imej positif UPM kepada masyarakat.

WZDENAV~