?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Ladang 16 Jadi Saksi Penutup Gemilang PutraSihat 10,000 Langkah 2025




SERDANG, 18 Dis
– Program PutraSihat 10,000 Langkah Siri ke-4 yang berlangsung di sekitar Laluan Ladang 16 Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi kemuncak dan penutup penganjuran program tersebut bagi tahun 2025, dengan penyertaan memberangsangkan seramai 1,405 peserta terdiri daripada staf, pelajar serta komuniti setempat.


Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, penganjuran siri keempat ini menampilkan laluan yang berbeza berbanding tiga siri terdahulu apabila peserta dibawa merentasi Fakulti Pertanian UPM dan Ladang 16, termasuk laluan off-road yang mencabar dan unik.


Menurut beliau, pemilihan laluan tersebut bukan sahaja menawarkan kelainan, malah menjadi antara faktor utama yang menarik minat ramai peserta untuk menyertai program ini, selain memberi peluang kepada warga universiti untuk meneroka kawasan kampus yang jarang dimasuki.

 

“Ramai peserta pertama kali berpeluang memasuki dan menikmati kawasan ini, sekali gus memberikan pengalaman baharu yang unik serta membuka perspektif terhadap keindahan kampus UPM,” katanya.

 

“Kehadiran dan komitmen semua peserta membuktikan bahawa apabila kita bergerak bersama, kita bukan sahaja menjadi lebih sihat, tetapi juga lebih bersatu, positif dan berdaya tahan sebagai sebuah komuniti universiti,” katanya.




Dalam pada itu, beliau berharap agar kejayaan Program PutraSihat dapat diteruskan dan diperkasakan pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih meluas, idea yang lebih kreatif serta penglibatan rakan strategik yang lebih kukuh.

 

“Semoga semangat yang terhasil hari ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup sihat yang berterusan dan bukan sekadar acara bermusim,” katanya.

 

Program PutraSihat 10,000 Langkah merupakan inisiatif UPM dalam mempromosikan amalan hidup sihat serta mengukuhkan hubungan antara warga universiti dan komuniti melalui aktiviti fizikal yang bersifat inklusif.

WYMSSAR~