???? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Jubli Emas 50 Tahun: Fakulti Sains UPM raikan alumni, kukuh jaringan strategik

 

SERDANG, 5 Jun – Bersempena ulang tahun ke-50 penubuhannya, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan majlis Hi-Tea bertemakan “Menginspirasi Generasi”, sebagai tanda penghargaan kepada alumni dan rakan industri atas sokongan berterusan serta usaha memperkukuh jaringan strategik fakulti dalam bidang akademik dan penyelidikan.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata penganjuran seperti ini membuka ruang sinergi yang lebih luas antara universiti dan industri, sejajar dengan keperluan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

 

 

“Jaringan strategik yang kukuh bukan sahaja memperkasakan institusi malah memberi impak langsung kepada kualiti pendidikan tinggi negara,” katanya.

 

Dekan, Fakulti Sains, UPM, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd. Aziz berkata, hubungan erat yang terjalin antara fakulti, alumni dan pemain industri merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan dan kecemerlangan fakulti secara berterusan.

 

“Kerjasama dan sokongan padu daripada alumni serta rakan industri menjadi asas penting dalam memperkukuh daya saing fakulti dalam dunia akademik dan penyelidikan,” katanya.

 

 

Selain itu, Fakulti Sains turut menganjurkan Karnival Sains, yang menampilkan pelbagai pameran interaktif berasaskan pendekatan hands-on.

 

Antara aktiviti-aktiviti menarik daripada empat jabatan utama iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Statistik telah disediakan bagi menyemai minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

WYGHEA~