?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Bakul Kasih Ramadan Bawa Sinar Buat Pesakit dan Warga HSAAS UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron




SERDANG, 3 Mac – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima 1,500 Bakul Kasih Ramadan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diagihkan kepada warga hospital serta pesakit sempena bulan Ramadan.

Program tersebut bertujuan menyemarakkan budaya dan nilai kerjasama antara LZS dan HSAAS UPM, di samping menyantuni barisan hadapan, pesakit dan waris yang berada di hospital sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Pengarah Urusan HSAAS, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria berterima kasih kepada LZS atas kesudian memilih HSAAS sebagai lokasi pelaksanaan program yang cukup bermakna itu.

“Sesungguhnya, agihan Bakul Kasih Ramadan kepada 1,500 penerima pada hari ini amat besar ertinya buat warga barisan hadapan, pesakit serta waris yang berada di hospital sepanjang bulan Ramadan.

“Dalam suasana bertugas dan menerima rawatan ketika orang lain berbuka bersama keluarga, sumbangan ini membawa sinar kegembiraan dan menyuntik semangat kebersamaan antara kakitangan HSAAS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, MD Yusmizan Yusuf berkata, kolaborasi yang terjalin amat penting bagi memastikan kebajikan pesakit, khususnya dalam kalangan asnaf dan golongan kurang berkemampuan, terus terbela serta mendapat sokongan sewajarnya sepanjang tempoh rawatan mereka.

“Program hari ini merupakan sebuah program yang sangat istimewa. Ia diadakan bagi menyantuni golongan barisan hadapan dan hospital secara bersasar melalui Program Creating Shared Value (CSV) pada bulan Ramadan.



“Ia juga merupakan salah satu platform dakwah Zakat Selangor kepada masyarakat bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan program sedekah dan amal jariah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini hanya satu lokasi sahaja dipilih untuk menjayakan program tersebut, iaitu di HSAAS dengan sasaran agihan pek juadah berbuka puasa kepada 1,500 penerima.

Pada majlis sama, LZS turut menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM10,000 bagi tujuan aktiviti Hospital Mesra Ibadah kepada HSAAS.

“Semoga dengan sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi tujuan tersebut.

“Bukan sekadar itu, pihak pengurusan Zakat Selangor juga telah bersetuju meluluskan peruntukan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital kepada hospital ini bermula tahun 2026 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000. Alhamdulillah, lebih ramai pesakit akan dapat dibantu,” katanya.

WZDDTA7~