?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Makmal Jadi Medan Ujian, Pelajar Pendidikan UPM Sajikan Santapan Mewah

Article Summary

Mereka turut didedahkan kepada piawaian perkhidmatan gaya Amerika yang menitikberatkan ketelitian penyajian, profesionalisme servis dan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Mozaid Idris





Makmal restoran di Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bertukar wajah seolah-olah sebuah restoran lima bintang apabila pelajar tahun akhir Bachelor Pendidikan Sains Rumah Tangga mengendalikan operasi santapan mewah lengkap dengan etika servis profesional, susun atur meja eksklusif dan layanan pelanggan bertaraf industri.

Suasana formal itu bukan sekadar latihan biasa, tetapi merupakan peperiksaan akhir praktikal yang mensimulasikan situasi sebenar industri perkhidmatan makanan berkonsepkan fine dining.

Peperiksaan amali tersebut menjadi kemuncak latihan intensif selama 14 minggu yang merangkumi pembelajaran berasaskan pengalaman termasuk sesi percubaan, simulasi servis serta penganjuran enam acara melibatkan jemputan tetamu sebenar.

Penyelaras kursus, Dr. Khairun Najihah Sabri dari Jabatan Pengurusan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), berkata pendekatan praktikal ini dirangka bagi memastikan pelajar memahami realiti sebenar operasi restoran.

“Pelajar bukan sahaja dinilai dari aspek kemahiran teknikal, malah turut diuji keupayaan mengurus operasi, berkomunikasi secara profesional serta bekerja dalam pasukan di bawah tekanan masa sebenar,” katanya.

Seramai 36 pelajar tahun akhir terlibat dalam peperiksaan praktikal tersebut dengan pembahagian peranan kepada dua komponen utama iaitu operasi dapur dan pengurusan servis restoran bagi mencerminkan struktur kerja industri sebenar.



Mereka turut didedahkan kepada piawaian perkhidmatan gaya Amerika yang menitikberatkan ketelitian penyajian, profesionalisme servis dan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.

Bagi pelajar, pengalaman ini membuka perspektif baharu terhadap hala tuju kerjaya.


Menurut Khairun Haziqah Aminuddin, kursus berkenaan membuktikan bahawa bidang Sains Rumah Tangga tidak terhad kepada profesion perguruan semata-mata.

“Kami didedahkan kepada aspek pengurusan operasi, kawalan kos, perancangan menu dan interaksi pelanggan yang sangat relevan dengan dunia keusahawanan dan industri perkhidmatan,” katanya.

Kebolehpasaran Graduan Semakin Kukuh

Bidang Sains Rumah Tangga kini semakin relevan dengan keperluan pasaran kerja yang menuntut graduan memiliki kemahiran teknikal serta kompetensi insaniah yang seimbang.

Secara keseluruhan, kadar kebolehpasaran graduan UPM kekal pada tahap yang tinggi berdasarkan statistik terkini pengesanan graduan, mencerminkan keupayaan program pengajian menyediakan graduan yang bersedia memasuki dunia pekerjaan atau menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh singkat selepas tamat pengajian.



Program Bachelor Pendidikan Sains Rumah Tangga melengkapkan pelajar dengan kepakaran merangkumi bidang makanan dan pemakanan, rekaan dan jahitan pakaian, persolekan serta dandanan rambut sebagai bidang teras, di samping kemahiran pengurusan dan operasi yang memberi nilai tambah kepada graduan.

Gabungan latihan praktikal intensif dan pendedahan industri menjadikan graduan berdaya saing untuk menceburi sektor pendidikan, industri perkhidmatan makanan, hospitaliti, agensi kerajaan serta bidang keusahawanan.

Pendekatan pembelajaran berasaskan simulasi industri ini sekali gus memperkukuh aspirasi UPM dalam melahirkan graduan holistik, kompeten dan relevan dengan kehendak pasaran semasa.

 

WZDEAAK~