?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Emas kekal pilihan, namun risiko kewangan perlu diurus bijak

Article Summary

Lonjakan harga emas yang hampir tiga kali ganda dalam tempoh enam tahun menjadikan logam berharga itu semakin popular sebagai instrumen simpanan dan pelaburan, namun orang ramai diingatkan agar tidak terjebak dengan pembelian tanpa perancangan kewangan yang kukuh.

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 21 April – Lonjakan harga emas yang hampir tiga kali ganda dalam tempoh enam tahun menjadikan logam berharga itu semakin popular sebagai instrumen simpanan dan pelaburan, namun orang ramai diingatkan agar tidak terjebak dengan pembelian tanpa perancangan kewangan yang kukuh.

 

Dekan Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, berkata harga emas meningkat daripada sekitar RM220 hingga RM230 segram pada 2020 kepada kira-kira RM665 ketika ini, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik.

 

“Emas sering dilihat sebagai perlindungan terhadap inflasi dan mampu mengekalkan kuasa beli, berbanding wang tunai yang tidak disandarkan kepada aset fizikal,” katanya.

 

Tambah beliau, peningkatan minat masyarakat terhadap emas turut disertai dengan kecenderungan pembelian mengikut trend tanpa pemahaman yang mencukupi.

 

 

“Perkara yang membimbangkan adalah apabila pembelian dibuat tanpa ilmu dan perancangan, sehingga menjejaskan perbelanjaan harian,” katanya.

 

Prof. Dr. Mohamad Fazli berkata, pembelian emas perlu dilakukan secara berhemah dengan mengambil kira keutamaan kewangan seperti simpanan tunai dan dana kecemasan.

 

“Dalam situasi kecemasan simpanan tunai lebih praktikal kerana mudah dicairkan berbanding emas yang memerlukan masa untuk dijual serta dipengaruhi jurang harga beli dan jual,” katanya.

 

Beliau turut mencadangkan sekitar lima hingga 15 peratus daripada jumlah simpanan diperuntukkan kepada pelaburan emas bagi mengimbangi risiko.

 

“Pendekatan pembelian secara berperingkat atau cost averaging disarankan bagi membolehkan pelaburan dilakukan secara konsisten tanpa perlu menunggu masa terbaik pasaran.

 

 

“Elakkan berhutang semata-mata untuk membeli emas kerana ia boleh menjejaskan kestabilan kewangan,” katanya.

 

Prof. Dr. Fazli mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan luar biasa kerana ia berpotensi menjadi penipuan.

 

“Orang ramai tidak seharusnya mudah terpedaya dengan janji keuntungan tinggi tanpa menilai kesahihan pelaburan tersebut,” katanya.

WZFCSAr~