Cokmar

Cokmar Universiti Putra Malaysia sebagai lambang kuasa Universiti dianugerahkan dengan limpah kurnia oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 1977, bersempena dengan pelantikan Canselor yang pertama, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, D.K., D.M.N., S.P.M.S., D.K. (Brunei), D.K. (Johor), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.N.M. (Melaka), P.J.K.

Cokmar ini diperbuat daripada emas dan perak, panjangnya 1.4 meter dan beratnya 8.0 kilogram. Ia dibahagikan kepada tiga (3) bahagian, iaitu:

  • obor;
  • batil; and 
  • turus.

Obor melambangkan peranan universiti ini sebagai penyuluh ilmu pengetahuan. Di pangkal obor ini dikelilingi oleh kalimah “Bismillahirrahmanirrahim” yang menunjukkan bahawa semua pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah dengan keizinan Allah S.W.T. Di bawahnya terukir dengan huruf rumi nama 'Universiti Putra Malaysia'.

Batil melambangkan tempat terkandungnya ilmu pengetahuan. Di bahagian atas batil ini terukir lencana Persekutuan dan Negeri di Malaysia. Di sekeliling batil ini terukir lencana Malays