?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Permintaan tinggi musim perayaan tekan bekalan, cetus risiko harga naik

Ringkasan Artikel

Lonjakan permintaan makanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini telah memberi tekanan ketara kepada rantaian bekalan negara serta kesan kepada harga dan ketersediaan barangan asas di pasaran.

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 3 April – Lonjakan permintaan makanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini telah memberi tekanan ketara kepada rantaian bekalan negara serta kesan kepada harga dan ketersediaan barangan asas di pasaran.

 

Pensyarah Kanan, Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Leftenan Kolonel Dr. Muhamad Fadzil Repin @ Rebin berkata, peningkatan mendadak permintaan pada musim perayaan mencabar keupayaan sistem bekalan makanan untuk kekal stabil.

 

“Dalam konteks keterjaminan makanan, situasi ini melibatkan empat elemen utama iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, kesesuaian nutrisi dan kestabilan bekalan. Kita bukan hanya melihat kepada bekalan semasa perayaan tetapi juga memastikan makanan mencukupi untuk jangka panjang,” katanya.

 

 

Tambah beliau, bahan makanan berasaskan protein seperti ayam, daging dan sumber lain menjadi komponen paling kritikal ketika musim perayaan, dengan ayam kekal sebagai pilihan utama pengguna kerana mudah diperoleh serta harga yang relatif stabil.

 

“Bahan masakan seperti cili dan bawang turut menyumbang kepada tekanan bekalan berikutan kebergantungan tinggi negara terhadap import terdedah kepada ketidaktentuan pasaran global,” katanya.

 

 

Mengulas kenaikan harga ketika musim perayaan, beliau berkata ia dipacu oleh peningkatan kos sepanjang rantaian bekalan, bermula dari peringkat pengeluaran hingga ke pengguna.

 

“Peningkatan pengeluaran memerlukan kos tambahan termasuk input pertanian, logistik dan tenaga kerja yang akhirnya mempengaruhi harga pasaran,” katanya.

 

Leftenan Kolonel Dr. Muhamad Fadzil berkata, walaupun musim perayaan membuka peluang keuntungan kepada petani dan penternak manfaat tersebut tidak semestinya dinikmati sepenuhnya kerana pengagihan bekalan turut dipengaruhi peranan orang tengah seperti pemborong dan peruncit.

 

“Realitinya negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi sebahagian keperluan makanan asas termasuk lembu, kambing, beras dan produk tenusu menjadikan negara terdedah kepada turun naik harga global yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat,” katanya.

WZFCTA~