?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Inovasi Tanaman Tahan Haba Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara

Ringkasan Artikel

Inovasi tanaman tahan haba dilihat sebagai pendekatan penting dalam memperkukuh sektor pertanian negara bagi menghadapi cabaran perubahan iklim serta amalan pengurusan tanah dan air yang cekap mampu mengekalkan produktiviti tanaman, termasuk penggunaan bahan seperti biochar yang membantu meningkatkan penyerapan nutrien dan mengekalkan kelembapan tanah.

 

Oleh: Zarith Sofea Ibrahim

 

SERDANG, 23 April – Inovasi tanaman tahan haba dilihat sebagai antara strategi kritikal dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara ketika Malaysia berdepan cabaran perubahan iklim yang semakin ketara.

 

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Daljit Singh Karam Singh berkata, pembangunan varieti tanaman yang mampu bertahan dalam suhu tinggi dan cuaca ekstrem kini menjadi keutamaan bagi memastikan pengeluaran makanan kekal stabil.

 

Tambah beliau, tanaman tahan haba merujuk kepada varieti yang mampu terus tumbuh, berkembang dan menghasilkan hasil yang baik walaupun dalam keadaan persekitaran yang mencabar.

 

“Cuaca panas melampau boleh menjejaskan proses penting seperti percambahan, fotosintesis, pembungaan dan pembentukan hasil, sekali gus menurunkan produktiviti tanaman.

 

“Justeru pembangunan varieti yang tahan haba dan kekurangan air amat diperlukan bagi memastikan sektor pertanian terus berdaya tahan,” katanya.

 

Beliau berkata, inovasi tanaman tahan haba bukan sahaja melibatkan penghasilan varieti baharu melalui penyelidikan genetik, tetapi turut merangkumi amalan pengurusan tanah, tanaman dan air yang lebih cekap.

 

“Tanaman seperti padi dan sorghum antara yang sedang dipertingkatkan ketahanannya terhadap suhu tinggi dan penyakit bagi memastikan hasil kekal konsisten. Di Malaysia yang beriklim tropika, pengurusan air memainkan peranan penting khususnya bagi tanaman seperti kelapa sawit yang memerlukan bekalan air mencukupi,” katanya

 

Selain itu, penggunaan sistem perparitan, terusan dan takungan air menjadi antara pendekatan penting untuk memastikan tanaman terus subur walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

 

Mengulas manfaat kepada petani, Prof. Madya Dr. Daljit Singh berkata, penggunaan varieti tahan haba mampu mengurangkan risiko kerugian serta membantu mengekalkan hasil tanaman.

 

“Pengenalan varieti baharu memerlukan penyelidikan menyeluruh serta penilaian ketat, termasuk aspek keselamatan bagi mengelakkan kemasukan penyakit tanaman dari luar,” katanya.

 

“Namun cabaran utama adalah penerimaan dalam kalangan petani kecil yang mungkin bimbang terhadap kos pengeluaran dan pulangan hasil,” katanya.

 

Selain itu, beliau berkata, penggunaan bahan seperti biochar turut dilihat sebagai alternatif praktikal dalam meningkatkan daya tahan tanaman terhadap cuaca panas.

 

“Biochar bukan baja tetapi bahan kaya karbon yang membantu meningkatkan penyerapan nutrien serta mengekalkan kelembapan tanah. Apabila digunakan bersama baja, ia meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh akar,” katanya.

 

Prof. Madya Dr. Daljit Singh berkata, teknologi tanaman tahan haba berpotensi menjadi komponen penting dalam strategi jangka panjang negara bagi menjamin bekalan makanan, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan global seperti konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos input pertanian.

 

“Kerjasama antara universiti, agensi kerajaan dan industri perlu diperkukuh bagi memperluaskan penggunaan inovasi ini memastikan sektor pertanian negara kekal mampan dan berdaya saing,” katanya.

WZFCTAq~